Saturday, 6 January 2018

DARI SUMBER KAJIAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

  • Gum Arabic mempunyai kandungan prebiotik yang tinggi, iaitu 85% - 87%. Ianya adalah 8 kali ganda lebih tinggi dari susu ibu. 

  • Mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan.

  • Mengandungi 27% protein hydroxyproline yang baik untuk daya ingatan dan sumber kolajen. 

  • Mempunyai kandungn kalsium 10 kali ganda susu lembu.

  • Bagi setiap 45g (3 sudu besar) Gum Arabic, ianya mengandungi serat larut air melebihi 15 biji epal dan prebiotik melebihi 30 biji epal.


TAHUKAH ANDA GUM ARABIC ADALAH MAKANAN YANG BAIK BAGI:

  • Sakit Buah Pinggang (sudah menjalani dialisis atau belum menjalani dialisis) 

  • Sakit bengkak buah pinggang 

  • Kencing kotor 

  • Buasir, Cirit-birit

  • Kolestrol tinggi, Sembelit

  • Diabetes, Gout

  • Berdiet kerana ia tinggi dengan kandungan fiber

  • Batu karang, Lumpuh atau stroke 

  • Menguatkan Antibodi melawan pelbagai penyakit 

  • Tekanan darah tinggi, Kanser prostat dsb.

“IA MERUPAKAN PENAWAR BAGI 1001 PENYAKIT KRONIK”


PENEMUAN HASIL KAJIAN GUM ARABIC

  • The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat. 

  • Sumber prebiotik semulajadi yang membekalkan makanan kepada bakteria baik (probiotik) yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, racun dan lemak berlebihan dari badan.

  • Menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids) yang membantu penghasilan tenaga kepada tubuh badan.

  • Menguatkan sistem imuniti (daya tahan badan) dan memerangi bakteria berbahaya.

  • Mengurangkan kolestrol dalam darah dan juga sebagai antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.

  • Membantu mempertingkatkan penapisan buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan Gum Arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.

  • Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.

  • Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus seperti esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dubur dan membantu meningkatkan prestasi usus. 

  • Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.

  • Membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.

  • Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. 

  • Membantu merawat masalah kencing tak lawas.

  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

  • Membantu masalah sembelit.

  • Membantu masalah datang bulan yang tidak teratur.

  • Melegakan penyakit gout dan sendi.

  • Membantu merawat pesakit asma, eczema, kelemumur dan penyakit kulit.

  • Melancarkan sistem penghadaman dan menyah racun melalui pembuangan najis.

  • Membantu penyembuhan bagi pesakit strok.


APAKAH GUM ARABIC?

Apakah pula al-Manna? Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud Getah Arab atau bahasa Inggerisnya Gum Arabic. Ia dikatakan menjadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat.

 

Dalam Tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas mengatakan bahawa al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.

 

Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al- Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain.

 

Terdapat 2 jenis gum arabic iaitu Acacia Senegal ada yang menamakannya sebagai Al-Manna dan Acacia Seyal ada yang menamakan ia Tayebat. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Ia juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Pengambilan Acacia Senegal lebih banyak berbanding dengan Acacia Seyel, ia bergantung kepada pengguna yang mana lebih bermanfaat untuk mereka.


MANFAAT DAN KHASIAT GUM ARABIC AL-MANNA

Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Ia juga kadangkala dipanggil Gum Acacia.

 

Gum Arabic Al-Manna mempunyai khasiat tersendiri dalam membantu meningkatkan kesihatan. Getah Arab yang menjadi amalan makanan bagi pekerja tanaman al-Manna di Sudan ini memberi kesan positif kepada kesihatan apabila para pekerja mampu melaksanakan tugas di ladang tersebut tanpa mendapat sebarang penyakit walaupun berada di bawah suhu 52 darjah celcius cuaca panas.