Saturday 6 January 2018

APAKAH GUM ARABIC?

Apakah pula al-Manna? Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud Getah Arab atau bahasa Inggerisnya Gum Arabic. Ia dikatakan menjadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat.

 

Dalam Tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas mengatakan bahawa al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.

 

Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al- Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain.

 

Terdapat 2 jenis gum arabic iaitu Acacia Senegal ada yang menamakannya sebagai Al-Manna dan Acacia Seyal ada yang menamakan ia Tayebat. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Ia juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Pengambilan Acacia Senegal lebih banyak berbanding dengan Acacia Seyel, ia bergantung kepada pengguna yang mana lebih bermanfaat untuk mereka.


No comments:

Post a Comment