Saturday 6 January 2018

KESAN PERUBAHAN IKLIM TERHADAP GUM ARABIC


Setiap tahun Sudan mengeksport puluhan ribu tan gula mentah atau Getah Arab ke eropah untuk diproses dan disebarkan ke seluruh dunia mengikut permintaan tinggi dunia yang memerlukan makanan kesihatan Gum Arabic al-Manna. Walau bagaimana pun, penyebaran produk Getah Arab ini melalui sedikit penurunan berbanding dahulu ekoran kesan perubahan iklim yang melanda Sudan dipercayai salah satu faktor yang membawa pengecutan hasil tanaman.

 


Dari segi ekologi, pokok acacia senegal ini hidup subur di kawasan berbukit dan berbatu kering. Spesis ini dapat bertahan lasak walau dalam keadaan cuaca buruk sebagaimana laporan portal Purdue University.

 


Gum Arabic al-Manna bertindak sebagai pengemulsi semulajadi untuk memberikan kesihatan yang lebih baik. Pengertian emulsi menurut buku Teknik Pemisahan Dalam Analisis Kimia ialah emulsi merupakan hasil daripada kemasukan satu pelarut ke dalam satu fasa pelarut berterusan yang tidak terlarut campur. Naskah akademik terbitan UTM Press ini boleh didapati di Penerbit UTM, Amazon dan MPH.



No comments:

Post a Comment