Saturday, 6 January 2018

GUM ARABIC TERDAPAT DALAM AL-QURAN?



Terdapat dakwaan sebahagian pendapat, Getah Arab yang disebut sebagai al-Manna ini dipercayai merujuk kepada surah al-Baqarah, ayat 57. Terdapat perkataan al-Manna yang menjadi simbol kepada penemuan kaedah penjagaan kesihatan dan dijadikan sebagai makanan tambahan supplement yang berkesan.

Maksud ayat tersebut: “Dan Kami naungi kalian dengan awan dan Kami turunkan kepada kalian manna dan salwa. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada kalian. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri”.

Namun kebenarannya hanya Allah yang lebih mengetahui di atas dakwaan yang mengaitkan produk Gum Arabic al-Manna ini mempunyai hubungan dengan ayat yang diturunkan.

Adapun penggunaan perkataan al-Manna pada sesuatu nama produk, nama restoran dan sebagainya bukan menjadi masalah. Panggilan al-Manna pada getah arab ini telah digunakan oleh kebanyakan masyarakat Sudan terutama pekerja yang terlibat di ladang tanaman pokok akasia.

Terdapat banyak perbahasan di kalangan ahli tafsir berkaitan maksud al-Manna yang digunakan pada ayat ke-57 surah al-Baqarah ini. Berikut ringkasan huraian terpilih dari ulama tafsir berkaitan maksud al-Manna.

  1. Ali ibnu Abu Talhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa manna turun kepada mereka di pokok-pokok, lalu mereka memanjat pokok tersebut untuk mendapatkan manna dan memakannya dengan sepuas-puasnya.

  2. Mujahid mengatakan sesungguhnya manna itu adalah getah. Sementara Ikrimah pula mengatakan manna merupakan sesuatu makanan yang diturunkan oleh Allah kepada mereka seperti hujan gerimis.

  3. As-Saddi menjelaskan bahawa mereka telah berkata, “Hai Musa, bagaimanakah kami dapat hidup di sini tanpa makanan?”. Maka Allah menurunkan kepada mereka manna. Manna itu turun dan jatuh pada pohon zanjabil.

  4. Qatadah mengatakan bahawa manna turun di mana tempat mereka berada seumpama turunnya salju, bentuknya lebih putih berbanding susu dan rasanya lebih manis berbanding madu; manna turun kepada mereka bermula dari fajar (subuh) hingga terbitnya matahari.

  5. Ar-Rabi’ ibnu Anas menjelaskan bahawa manna merupakan minuman yang diturunkan kepada mereka (kaum Bani Israel), rupanya seperti madu; mereka mencampurkan mannna dengan air dan meminumnya.

Tujuan utama dari perbahasan ahli tafsir dapat disimpulkan maksud yang disampaikan berkaitan al-Manna hakikatnya hampir mempunyai persamaan dan tidak terlalu jauh. Di kalangan ahli tafsir ada yang mengatakan al-Manna sebagai minuman, ada yang menafsirkan al-Manna sebagai makanan. Kenyataannya hanya Allah yang lebih mengetahui. Kesimpulannya al-Manna adalah kurniaan Allah kepada hambaNya samada berbentuk makanan, minuman dan selainnya di dalam rahsia pengetahuan Allah S.W.T. -Sila rujuk lebih banyak lagi huraian ahli tafsir berkaitan maksud al-Manna.

Hakikatnya, kebaikan dan manfaat yang terdapat pada Getah Arab ini diperakui sendiri oleh  Pengurus Besar pengeksport Getah Arab terbesar Sudan, Gum Arabic Company, Hassan Osman Abdel Nour berkata:

No comments:

Post a Comment